Hari ni aku gi interview SPA..
Jawatan yg dipohon "Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah Gred DG 41"..
Datang bukan main awal, ingat nak kena amik nombor, tapi dah ikut turn rupanya..
So, aku dapat no 9, tapi de 5 orang tak datang aku jadi no 6...
Kata mula kul 8am, tapi kul 9am tak juga mula..
Araound 9.15am baru orang pertama masuk...
Tak lama pun, 15 minit ja...
Akak tu kuar, punya la muka dia sedeyh ja, tension pun yea jugak...
Mula la sakit perut, pe je orang kat dalam tu tnya...
Sementara menunggu tu, sembang2 la jugak dgn yg lain...
Dalam 10 orang, 4 orang TESL, sorang Kimia, sorang Sains, sorang ERT, sorang Kaunseling, sorang Sains sukan, sorang Pendidikan Islam...
Kat Perak ni, de 4 sek kerajaan negeri, so kitaorang yg TESL ni mungkin dihantar ke setiap sek..
Kat mana ja tak tau...
Tepat jam 10.20am, tibalah turn aku....
Pada mulanya, sumer okay ja..
Segman perkenalkan diri = passed
Then dia tnya:
I: Sekarang ni awak tak wat pe2?? takkan duk rumah je..
S: Saya wat part time kat KUMON..
I: KUMON?? K tu ape??
S: Huh?? KUMON tu bukan short form tuan, mmg nama dia KUMON..
I: takkan la takde makna, contoh SPA ni, S = Suruhanjaya, P = Perkhidmatan , A = Awam, jadi skang K U M O N tu ape??
S: takde tuan, KUMON tu sebenarnya nama orang, MR.KUMON from Japan, dia yang tubuhkan, jadi dia guna nama dia...
I: Owh, macam tu.. Okay, now, walaupun awak amik TESL tapi saya interview dalam BM je la yea, saya tak pandai sgt English ni... Macam ni, cerita sket pasal KUMON ni, bagus ke?? Kat sek tak cukup ke cikgu mengajar??
Aku pun explain la panjang lebar, sampai nak gaduh la jugak... Nasib ley sabar lagi... Pastu, adegan seterusnya...
I: Awak ni, kalau dapat la, saya akan hantar awak ke Sek Raja Nazrin, sek kampung, awak rasa boleh je duduk kampung...
S: Saya tak kisah tuan, lagi pun Sek tu kan dekat Kg Gajah, itu kampung ayah saya, my father hometown...
I: That's your father hometown, not yours, your hometown in Taman Pengkalan Jaya,(ley plak dia speaking) u tak kenal suasana sekolah, suasana kampung lain ngn sek kat situ...
S: I know that school very well sir, that was my brother former school.. From form 1 unti form 5.. I knew some of the teacher too..
I: Iye?? saya ingat itu sekolah baru, dah ada kuarkan SPM products yea.. (ngade betul, nasib aku tak cakap, makcik aku tender kantin sek tu)... Okay, takpe.. Sayanak tny, apa beza DIDIK dan AJAR..?
S: Pe yang saya tau, besar bezanya DIDIK & AJAR ni..
I: Tu sebab saya tny, kalau awak perasan sebelum ni, KPM = Kementerian Pendidikan Malaysia tapi sekarang dah tukar menjadi Kementerian Pelajaram Malaysia..
S: Setahu saya la tuan, menDIDIK ni bukan satu kerja mudah, kena banyak sabar, dia bukan saja menyentuh perkara luaran tapi dalaman yang mana bukank mudah untuk dibentuk..
I: Jadi AJAR lagi mudah dari DIDIK??
S: Iya..
I: Jadi, kerajaan tak mahu dipersalahkan kerana tidak dapat mendidik anak2 kita sekarang dgn baik, jadi mereka tukar Kementerian Pendidikan kepada Kementerian Pelajaran, itu maksud kamu??
S: Itu mungkin salah satu daripadanya, saya bukan salahkan kerajaan, tapi dgn jelas kita tahu, bukan mudah untuk mendidik, guru sivik, guru moral, guru pendidikan Islam, belum tentu dpat menDIDIK, mengAJAR boley...
hmmmm, tuan tu macam bengang je ngan aku, sape suh tny pelik2, kan aku dah jawb pelik2..
Aku de jumpa video kat youtube tu, pasal jabatan penDIDIKan, tapi dipanggil Jabatan DIDIK ikan, tapi tak sempat la nak upload, next time la...
Pe la nasib interview tu yea, tah dapat, tah idak..
No comments:
Post a Comment