Thursday 2 October 2008

Ramadhan berlalu, Syawal bertandang..










Alhamdulillah, selesai sudah puasa tahun ini. Bila difikirkan, tak puas lagi berpuasa, tahun ni puasa dalam keadaan yang tak berapa sempurna. Terutama masa untuk menunaikan ibadah terawaih. Disebabkan waktu kerja yang berlarutan sehingga malam, maka ibadah itu hanya dapat dilaksanakan beberapa kali sahaja. Namun yang lepas kita biarkan. Sekarang dah habis berpuasa, tibalah masa untuk merayakannya..
Macam biasa, tiap tahun raya, kami sekeluarga akan beraya di Ipoh dulu, kat umah.. Semalam mmg penat, dari pagi lepas ja sahur yg terakhir, semua wat kerja.. Termasuk la adik2ku itu, huhu..
AGENDA:
  1. Ayah = Kemas halaman rumah a.k.a apa saja hal2 kelengkapan
  2. Mak = Dapur a.k.a masak rendang, ketupat
  3. Shoe (saya la) = Barang2 nak pakai raya a.k.a baju, pinggan mangkuk, kuih raya
  4. Na'im = Persiapan malam raya a.k.a goody bag, kemas living room
  5. Hanafi = When needed a.k.a anyam ketupat, wat pe je kerja bila dipanggil oleh sesiapa..

Lepas ja buka puasa, masing2 dah bersiap pulak nak bertakbir raya.. Yang lelaki semua ke masjid, so me and my mom siapkan juadah untuk org2 yg nak dtg bertakbir raya ke rumah.. Seronok tradisi tu, jemaah masjid akan pergi rumah ke rumah, melaungkan takbir raya...

So, kat rumah kami, biasa2 ja.. Ketupat kuah kacang, rendang lemang, kuih2 raya dihidangkan.. Dan macam tahun2 sebelumnya, kami sediakan goody bag, dalam tu ada kuih raya, sweets, wafer, cake dan tak miss, duit raya, huhuhuhu...

Mmg memenatkan, Ayah & adik2 pergi takbir rumah ke rumah, pukul 2 pagi baru balik.. Tapi seronok la, sebab dapat makan dan duit raya.. huhuhu... Skang dah nak masuk Raya ke 2 dah.. Hari ni kami sekeluarga balik ke kampung Ayah, Kg. Gajah Pasir Salak.. And now, keletihan giler sebab beraya dgn sanak-saudara, and esok nak balik kampung Mak pulak, Alor Star Kedah..

Okay, chow dulu.. Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin..














1 comment:

♥ R A C H E L ♥ said...

hey gal, add me ..
http://rach5454.blogspot.com/... ^o^