Friday 25 July 2008

Kenapa Mesti Ada Rasa Cemburu???

Aku betul-betul tak suka bila CEMBURU ini datang.. Kenapa mesti ada rasa cemburu??? Hanya TUHAN yang tahu bagaimana rasanya bila cemburu itu bermain dalam hati dan fikiran ini.. Kenapa mesti ada rasa cemburu??? kalau rasa itu tidak ada, agaknya boleh tak aku hidup dengan penuh ketenangan?? Kenapa mesti ada rasa cemburu??? Semua orang pun ada ke perasaan tu? Kenapa mesti ada rasa cemburu??? Jom kita kongsi pendapat dgn KakTom.. Kak Tom jawab la soalan saya tu..

Benarkah wanita memang kuat cemburu? Atau adakah disebabkan naluri wanita mudah tersentuh sehingga mereka dikategorikan sebagai terlalu sensitif? Atau mungkin juga sifat cemburu ini dikaitkan dengan naluri kewanitaan yang semulajadinya lemah & cemburu itu , tergolong dalam rasa ingin mendominasi yang dimiliki wanita sebagai salah satu daripada sembilan punca nafsunya iaitu menjadi lebih dari orang lain.
Perasaan cemburu ada pada semua manusia. Cemburu boleh wujud pada rakan sekerja, rakan niaga, jiran tetangga dan macam2 lagi. Tak kira samada kanak2 atau orang dewasa semua ada perasaan ini. Rasa cemburu ini juga mungkin disebabkan oleh perasaan tidak senang melihat kelebihan orang lain atau takut dan sebagainya.

Perasaan cemburu ini boleh menghancurkan hati dan perasaan. Bukan senang untuk mengatasi cemburu ni. Cakap nak atasinya senang tetapi bila nak melakukannya ia adalah satu perkara yang sukar. Tak kiralah Samada perasaan itu adalah perasaan anda yang sebenarnya atau hanyalah anggapan seketika yang berlalu di minda anda, walaupun perasaan tu sikit je,tetapi ia tetap tergolong dalam cemburu yang anda lalui sehari-hari. Cuma ada ketikanya kita malas mengakuinya saja.

Kak Tom mmg faham perasaan saya ni.. Terima kasih Kak Tom..

Sekarang aku sedkiit mengerti tentang CEMBURU ini.. Walaupun masih perlukan masa untuk mengatasi perasaan ini, aku harus kuat.. Takde kebaikan pun kalau terus macam ni..

YA ALLAH kuatkanlah HAMBAMU ini ,berikan aku 'NUR' untuk mengatasinya YA ALLAH..

Jadi, dah ada ke jawapan yang kukuh.. Kenapa mesti ada rasa cemburu??

No comments: