Monday, 13 December 2010

.:: tak tau nak rasa pe ::.

salam readers~

hari ni macam tak keruan sikit..
asal ye??
maybe terkejut sket dgn msg Baby Boo semalam..
i dunno what i'm suppose to feel actually..
nak gitau mommy, nnt mommy excited laks..
nak gitau daddy, mmg dia suh cepat2 pun..

adei~
nak gitau Noya..
tapi dia jauh now..

at last tadi gitau gak kat mommy..
and macam biasa, macam2 la soklan..
adoi ma..
mana la ija sempat nk tny byk2 kat onn..

hmmm..
baby,
nnt bila2 kita meet up..
kita sembang panjang2 k..



Friday, 10 December 2010

.:: this is to all my beloved friends ::.


~ saya sayang kamu

~ wo ai ni

~ me tumse pyar ker ta hu'

~ mahal kita

~ je t'aime

~ Kimi o ai shiteru

~ Te amo

~ sarang ha yo

~ Te quiero

~ Phom Rak Khun

~ i love you

Tuesday, 7 December 2010

.:: welcome 1432H ::.

salam..

monolog:
"eh, asal la blog ni cam tak besh je..
nape la owner dia tak cuci2, kemas2 blog ni..
suram seyh..
"

ok!!
tq for the concern..
mmg lately ni malas nal update..
please give me the strength..
i wanna share tapi..
not enuf time la..
*sigh*

since dah masuk tahun baru ni,
meh la update sumting!!

well so far, every year kami 1 family berkumpul baca doa akhir & awal tahun..
mmg sokmo gitu..
sambil tgk forum live from masjid negara..
kinda sad sebenarnya..
tak ramai yg ke masjid..

kalau concert new year tahun masihi, sure ramai org gi..
mau puluh2 ribu..
ni semalam, giler sedih..
sikit ja org..
budak2 kecik ada jua yg gi masjid semalam..

i do hope those kids akan tiap tahun macam tu..
bukan pergi masjid atas sebab disuruh..

emmm, for me semua ni terpulang pada individu
tapi tu la..
dunia akhir zaman..
wisau tgk keadaan dunia skang ni..
if today pun i takut macam mana dengan generasi akan datang..
*sigh*

new year resolutions for 1432H:
  1. work harder
  2. control my stress
  3. improving my teaching
  4. be a good daughter
  5. be a good & a better khalifah on this earth...
  6. be strong with anything..
ada lagi sebenarnya, tapi apa pun..
yang pasti, i nak jujur & ikhlas lakukan semua ni..
world today had taught me to change..
and from now on,
i wanna change..

insyaAllah~

salam maal hijrah to all

Monday, 8 November 2010

.:: sesi penghapusan ::.

salam..

sinchan kata, sakit kan hapuskan dosa2 kecil..
ye, saya mengaku..
saya rasa saya nak sakit lama2..
supaya semua dosa2 terhabus..

mmg kadang2 saya leka..
mmg kadang2 saya tak tau batas..
mmg kadang saya mementingkan duniawi..

bagus bila sakit..
sebab saya akan lebih mendiamkan diri..
saya akan lebih fokus..
saya akan lebih bertindak tanpa memikirkan orang lain..
dalam erti kata lain..
saya mudah bekerja bila saya sakit
saya suka bekerja bila hampir due date..

bukan melengah2kan..
cuma mmg tak suka buat kerja dalam keadaan selesa..
sebab itu bukan kerja..
itu bersenang2 nama nya..

ok..
tapi sila jgn bagi kerja pada saya sekarang..
sebab kerja saya dah banyak..
nnt bertambah sakit..
kerja laks tak siap..
pelan2 kayuh okay..

semoga Allah permudahkan segalanya untuk saya..
semoga Allah merahmati semuanya..
semoga Allah melindungi..

:: hambaMu memohon ::

.:: an apple a day, keeps the doctor away ::.

salam..

sedihnya..
tiba2 dapat selsema jumaat lepas..
hari ni bangun, dapat laks batuk2..
saya taknak demam..

bila sakit2 ni..
mula la nak manja2..
nak mommy la..
nak ayah la..
nak baby boo la..

skang ni, ley manja ngn chan2 ja..
ley tak if saya nak bwk chan2 ke sini???
agak2 de org marah tak??
saya nak peluk chan2..
sobsob sobsob (T_T)

now kat bilik guru pun duk soksek, soksek..
tolong la jgn demam cik nurul..
hope sgt tak melarat..
sebab khamis ni nak gi lawatan ke KL..
nak jenjalan gi muzium, gi pusat kesenian islam, yayasan restu..
semua tempat2 tu best..
even saya dah oenah gi, tapi nak gi lagi..
sebab kali ni nak gi dgn students..

mommy kata kalau sakit jgn gatai2 nak gi jenjalan...
hmmmmm..
tolong la jgn sakit..
tolong la jgn demam..
nak jenjalan..

petang nnt nak gi cari apple..
supaya saya jadi sihat..
huhuhu..
tak pun apa kata ayah hadiahkan ija iPad..
product apple..
maybe ley cepat sembuh, hihihihi..

ok la..
nak marking paper..
nak kena jaga exam..
nanti sembang2 lagi..

tata..

Thursday, 4 November 2010

.:: the imperfection ::.

salam,

people normally will say they are a good people.
people will normally claimed they are natural.
human is people.
people is human.

and because of that,
human is not perfect..

maybe i'm to ambitious on this..
maybe i'm damn cruel to myself by letting others do what ever they want..
maybe they never know that they irritates me..
maybe they thought they are GOD..

i just don't get it !!!
why people change???
why people always be someone else???
why must people create the new them to impress others???
why must us be someone else if we actually don't want it???
why we wanna show off what we don't have, what we cannot do, what we don't know???

me dun wanna be the influence to others..
me not that nice..
me not that good..
me not that pretty..
me not that cool..

but then, me kinda weird..
some people luv make me as a role model..
why la people???
why must you people follow me???
can't you just be yourself???

if i'm wearing something pink, why don't you wear blue??
so that, others can differentiate us easily..

if i'm wearing heels, why don't you wear snickers???
so that, you will be comfortable while we're shopping..

if my driving is dangerous, why don't you drive the way you're driving??
so that, you'll feel safer & maybe can live longer than me..

if the way i dress up is damn cute, why don't you dress the funky way you always do???
so that, you'll feel easier to go to the toilet and do your own business..

if you like the way of my life, maybe you should change the way you think..
because the way i eat, obviously you don't like it..
because the way i walk, obviously you don't like it..
because the way i speak, obviously you don't like it..
because the way i plan, obviously you don't like it..
because the way i do everything, you'll definitely don't like it..

this is just because you are afraid to be you..
you think you are small..
you imagine that other people are great..

but you forget 1 thing..
Allah creates us individually..
we all are different..

so, do be yourself..
me doing okay if you wanna follow me..
but please don't be corny..
don't duplicate me..
take what is good from me..
and the bad as your guidance in future..

as human, we're not perfect..
as human, we should be thankful & grateful..
as human, we should give and take..
so we will live happily ever after..



:: i just wanna b me ::

Saturday, 30 October 2010

.:: padaMU selamanya ::.

Sejenak .. ku imbasi kembali
Erti pelayaran usiaku
Ke timur ke barat
Dunia akhirat
Segalanya ..

Di tengah hangatnya kejahilan
Membakar hangus keimanan
Dan aku hanyut
Tiada berpaut
Layu sudah pedoman diriku

Kini bersendiri
Ku meniti hari
Ke kanan ke kiri
Ku menilai kembali

Jalan ku lalui
Dosa yang telah pergi
Walau tanpa ku sedari
Air mata membasahi

Terasakan ... terbuka
Kunci pintu hatiku
Timbullah ketenangan di jiwa yang keliru
Terurai kekusutan
Membaralah cinta
Milik-Mu Yang Esa
Selamanya...

Pada-Mu selamanya ..
Selamanya...

Sunday, 17 October 2010

.:: Bucan!! jgn lupe kami kat sini tau ::.


salam..
hari ni punya entry maybe kurang sket emo berbanding yang lepas..
kali ni nak citer pasal BUCAN!!!

~~ABU HASAN SYAZALI~~


dia ni ahli CGB paling muda..

orangnya baik..

senang bawa berbincang..

i tak sangka dia ni adik kepada Mastura.

yang mana dua beradik ni ex-students Sarjana..

macam adik i..


i sedih sebenarnya bila Bucan nak pergi..
tak tau la nape..

pada i, bukan Bucan g je i akan sedih..

tapi bila melibatkan SAHABAT, sure sedih..

setiap SAHABAT i,
i ada kenangan yang tersendiri..
even kami CGB, tapi each individuals ada citer masing2 dgn i..

pada i, Bucan ni jenis yang senang bwk berbincang..

maybe dia anggap i macam kakak dia..
mula2 dia nak panggil i "kak shoe"

hello!!! no kakak2 ngn i hokay...
nak panggik kakak kena jadi adik ipar..

tapi sowie la ye, i takde sisters, huhu..

Bucan ni suke tenyum.. (^___^)

suke bila panggil dia, " Bucaaan!!! "

sure dia tenyum sampai tinge..

tapi dia ni pemalu pun ye gak.. or jenis sentimental kot..

last 2 weeks, bla CGB ada isu yang kunun hangat pada yg jeles,
i rasa down..
Bucan dtg personally, sembang ngn i pasal hal ni..

lega sgt2..

sonok de adik macam ni..

*now u can call me kakak* huhuhu

then bila dah share, dah explain everything,
he did say thank u..
damn touched..

bukan pe pun i wat..
i just explained pe yang jadi..
dia pun amik isu tu secara positif..

tapi thanks Bucan, u've melted my heart by saying THANK YOU..



Bucan ni jenis ringan tulang jugak orangnya..

if i wat2 keje pe2, dia akan tnya,
"shoe, watpe?? nak tolong ke?"
i sgt suke dia..
then, dia akan tolong ikhlas..


Bucan jua seorang yang sgt peka..

sebab pe i kata camtu..

sebab pe perubahan pada i, dia paling cepat tangkap..

tau2 je la i ni kan..
air muka jenis cepat berubah..

masa open house Ust Kamal..

ahli2 CGB dah ajak balik, since diorg carpool ngn i kan,
CGB gals masih makan2..
so, bila diorg ajak balik, i kena la balik jua, since naik GG..
i pun wat la drama..

"ala, tunggu la jap, balik skali ngn yg gals"

*dan i tak sedar i wat muke tedey*
Bucan pun bersuara,

"wei, muka shoe dah lain, tunggu la jap"

bila i dgr dia cakap camtu, i trus senyum..

konon takmo yang lain nampak i amik seyes hal balik awal tu,
even dalam hati mmg nak tunggu yg gals..

Bucan, thanks yea..


selain Pamie, Bucan selalu perasan perubahan i..
semalam ShinChan kata..
"pamie & bucan kata awak ni kuat nangis, nape yg??"

*sigh*

mmg pun, i ni ratu air mata..

tak kira la kat mana pun..
disebabkan kuih bangkit pun ley nangis, huhuhu..
bucan sokmo nampak i nangis..

tapi sure dia tak tau nape..

sebab i ni jenis gelak sokmo..

cakap kuat2 sokmo..

happy2 sokmo..

bila nangis, sure diorg ingat i gaduh ngn Baby boo..
sedangkan i nangis sebab pe org wat kat i..
*ok, citer tu close*

Bucan..
kat sini, shoe nak say THANK YOU, SYUKRAN sesangat sebab jadi kawan shoe..
kami CGB pasti windu kat ko..
ko mmg baik Bucan..

hope kat sana, ko akan study betul2..

pass with flying colours~

i know u can make it..

u can do it..

we'll pray for u & others over there..

jgn lupe balik Malaysia..

jaga diri kat sana..

de masa, poke2 la kami kat FB..

buzz2 kat YM..

call pun besh gak, hihihi

Friday, 15 October 2010

.:: personaliti saya dipergunakan ::.

:: Anda adalah seorang yang amat degil dan rajin.
Mungkin anda akan menjauhkan orang lain daripada anda kerana kata-kata anda.
Anda seorang yang bertimbang rasa akan masalah orang lain.
Anda berbakat dalam penyelidikan dan seni.
Anda akan membantu ahli keluarga atau kawan-
kawan yang menghadapi masalah tanpa berfikir panjang.
Anda kena berhati-hati dengan orang sekeliling anda kerana mereka mungkin akan mempergunakan anda.
Kawan-kawan anda akan menghabiskan masa dan wang ringgit anda dan selepas itu menjauhi daripada anda apabila anda dah tak ada nilai buat mereka lagi.
Walau bagaimanapun anda tetap seorang yang sabar dan tegas. ::


-------------------------------------------------------------------------------------------------

ok, itu keputusan kuiz di FB yang saya buat 10 mins yang lalu..
mmg dah tau dah result akan amacam ni..
byk kali buat dah..
byk kali jua redha dgn keputusan ini..
bukan nak kata result ni tak besh..
cuma bila part kawan2 tu..
saya akan emo sket..
TOLONG la faham kepada yang jeles2 kat luar tu..

FRIENDS = ME..

mmg saya sgt memerlukan kawan..
senang cakap la, saya tak suke sunyi tanpa kawan2..
kawan2 ni macam keluarga..
utk kita share masalah, happiness etc..
kalau mmg kawan2 saya jenis nak ambil kesempatan terhadap saya,
sila jadi MUSUH saya..

bak kata pepatah melayu la kan..
"habes madu sepah dibuang"
hamboi2, ingat aku ni hapa??
dah guna2kan, dah take advantage,
then tikam dari belakang???
cantek sgt la muke korang kan..
i just dun get it..
nape ada org macam tu??
bila direnung2kan semula,
apa salah aku ni ngn korng??
buruk sgt ke perangai aku sampai korang nak kutuk blakang2??
elok sgt ke akhlak korang tu??
kalau betul la korang tu kawan,
nape tak tny pe masalah aku, nape aku macam tu, nape aku macam ni..

penah korang wisaukan aku??
penah korang herankan aku??
rasanya 5% ja kot..
setahu aku la, mana ja aku nak gi aku akan tny pada semua..
"ada pe2 nak pesan??"
"ada tingin pe2??"
dan selalunya aku amat jarang mengecewakan kawan2 aku tu..

letih sgt bila jadi kaunselor tak de ijazah kan..
kadang2 rasa diri macam dewa,
sedangkan korang pun tak betul...
ni kan pulak nak betulkan org..
terutamanya AKU ni..

hmm, takpe la..
pada yg rapat n masih pegang title sebagai FRIENDS aku sure tau aku macam mana..
kalau korng betul2 sahabat la kan,
sure korang perasan quote kt fb aku tu..
"i just do, what i wanna do"
so, jgn pertikai la pe aku nak wat..
sebabnya korang tak tau pe yg aku rasa,
pe yang aku pendam,
pe yang terbuku dalam hati ni..

ini kerana korang tak penah tnya..
korang tak amik port..
korang sgt SELFISH!!!!
aku gelak2, ingat aku happy??
aku happy2, ingat aku suke??
aku suke2, ingat aku bahagia??
aku bahagia2, ingat aku ni ape??
boley nak hiburkan hati korang..
jadi bahan korang???
mmg terbaik la korang semua...
standing ovation!!!

ampun maaf dipinta kalau apa yang terluah kat sini ada yang terasa..
bukan niat membalas..
bukan niat menghina..
bukan niat memohon simpati..
luahan ini utk melepaskan seksaan jiwa & raga saya..
kepada yang sebelum ini saya anggap anda adalah sahabat,
sorry to say.. anda masih tak kenal saya..
tapi sekarang saya sudah kenal anda semua..
thanks sebab bagi peluang pada saya utk kenal anda dengan jelasnya sekarang ini..
thanks sebab jadi kawan saya walaupun anda semua hanya nak gunakan kebaikan saya..

mungkin sebab saya nampak naif..
perangai macam budak2..
mudah dibawa berbincang..
tapi kalau anda kenal saya, anda takkan buat saya macam ni..
apa yang saya buat sampai anda tak nak terus terang dengan saya..
saya mintak maaf jika saya ada terkasar bahasa, tersalah tingkah laku..
saya bukan lagi mentimun dilautan,
tapi saya sudah menjadi najis yang anda tabur untuk dipijak oleh lain dan dimaki kerana membunag najis merata-rata, sedangkan najis itu dikaut oleh org lain..

saya sgt windu CGB,
saya sgt windu TESLites Soni's G,
saya windu PERTES,
saya sgt windu SEMETRIKIANS,
saya sgt windu 3 AGAMA (kaa)..
windu semua2~


:: hamba Allah ini, masih mencari NUR ::


Wednesday, 13 October 2010

.:: mahu kongsi tapi bukan now ::.

salam..

i sgt teruja nak blog malam ni..
tapi wisau tak cukup masa laks nanti..
sebab now pun kat bilik guru, almost midnite kan..
jap lagi nak balik dah..
if i bwk balik lappy, i blog malam ni gak..
sambil2 tgk komenwel kat kuaters.. huhuhu

bukan pe teruja..
benda biasa2 jer..
takde yg ilmiah pun..
cam biasala..
blog i pasal pe yang berlaku aroungd me..

so al-kisahnya ada 4 setakat ni..

AL-KISAH 1:
mula2 pasal xpdc mencari buku, sampai 3 hari..
ke ipoh pada hari pertama,
ke ipoh lagi pada hari kedua,
mujur hari ketiga ke teluk intan pula..
esok, hari keempat maybe nak ke teluk intan lagi..
tapi bukan nak cari buku & hadiah dah..
nak movie2 laks.. if jadi la..
program CGBKGKT bersama Bucan..
Bucan dah nak fly balik Mesir ahad nnt.. (T_T)

AL-KISAH 2:
pasal makan2..
tiga hari ni makan semua besh2..
kat ipoh makan domino's..
setelah sekian lama mengidam, ada la pulak baru bukak kat ipoh ni..
maka, makan dengan lahapnya la kami2 ini, huhuhu

AL-KISAH 3:
pasal kena saman..
bukan la besh sgt citernya..
cuma nak berkongsi..
pengalaman utk kami..
ingatkan kena tahan sebab kesalahan seatbelt
tapi sebab lain rupanya..
kena pulak si driver tak renew lesen..
maka nak story kat sini nnt, hihihi..

AL-KISAH 4:
sedey sket kisah ni..
sebab bucan dah nak fly away from us..
even kami baru 3 bulan bersama,
tapi rasa dah bertahun kenal,
rasa macam adik beradik..
i tak tau bila ada lagi CGB akan meninggalkan kami..
for sure pamie akan ada dunia baru..
tapi dia masih ahli CGB..
hope dia masih ley aktif dgn CGB..


al-mini kisah:
my experiences selama tiga hari ni..
my happy never ending selama tiga hari ini..
my friendship blooms selama tiga hari ini..
my everything selama tiga hari ini..

::mahu mimpi indah nanti::

.:: tak rosak ke muka kalau pakai topeng sentiasa?? ::.
















salam..


bukan senang kita nak buat semua orang puas hati dgn kita..
buatlah sebaik mana pun kerja,
sehebat mana pun cadangan,
for sure akan ada yang tak suka..

saya bukan sempurna,
saya bukan baik,
tapi saya sensitif..



bila kamu semua minta saya buat sesuatu utk kamu, saya buat.
tapi jangan jadikan kebaikan saya utk kepentingan kamu..
bila rasa saya diperlukan, kamu macam baik dengan saya..
bila kamu rasa tergugat, kamu cepat2 jadikan saya isu..

kita semua manusia biasa..
jgn nak tunjuk baik dgn saya..
sebab kamu atau saya atau yang lain2 pun sama jer..
kita hamba ALLAH..
tak sempurna..

disebabkan nak ikutkan cara kamu kamu semua..
saya dan yang lain2 yang umpama mentimun di lautan perlu bertopeng..
kalau topeng tu beri kebaikan pada semua mungkin kami harus bertopeng sampai bila2..
dan mungkin topeng tu akan terus melekat takley tarik keluar dari muka kami2 yang tak bersalah ini..

for time being, okay..
tapi kalau forever, sorry..

::pakai safi rania sebelum pakai mask::

Sunday, 10 October 2010

.:: saper lagi nak booking saya utk weekends anda ::.

salam..

ok, i've updated my planner just now.. then only i realise my weekends are almost full till the end of this year.. how come?? i'm cruel to myself kah??? i dun have time for my family.. hmm, what i can do.. those events are important too.. those days will be the most memorable day for my friends & relatives..


OCTOBER, 2010
24th - Abg Aloi's wedding (Subang Jaya)


29th - 31th -
Kem Anak Soleh (SARJANA)


NOVEMBER, 2010

6th - Hery Vikardo's wedding (Ipoh)

Aini's wedding (Malacca)

20th - Syamimi's wedding (Ipoh)


27th - Akak's wedding (Ipoh)


DECEMBER, 2010
4th - Fahmi's wedding (Teluk Intan)


5th - Angah's wedding (Kg Dato' Harun)

17th - 19th - Shag's wedding (Kota Bharu)


Alright i need time to arrange everything actually..
Since if the events involve my family & it will be out from IPOH for sure my mom needs me as the driver..
I'm the best driver ever la kan, hikhik

And if the events involve me & friends, me gonna drive as well..
like always, since ME LUV DRIVING!!!!!

the problem now is, i dun have anything suitable to wear to the events..
i did sent 1 pair to my tailor in Alor Star..
A modern kurung will be *for shag's wed* insyaAllah..
i also did booked a pair of sulam2 punya design..
not yet arrive, hope can get it soon, since i've plan to wear it on my cousin's wed *akak's wed*



~ for akak's reception, pink& grey theme~



i bought an english cotton material yellow in colour..
how about a kurung Pahang for that one..
still dunno which wedding to wear it..

okay. that's all for now..
nak cari2 tema baju lagi.. ^^V

tata~

Saturday, 9 October 2010

.:: happy moment with the ladies ::.

salam..

last thursday, we the ladies went to Ipoh for having fun, huhu..
it was like a dream come true for 4 of us..since we were stuck with works and our personal life..before we hit the movie, we when to MPH to survey books for Bulan Bahasa prizes..
but then, the books there were quite expensive & not that interesting for the students..
so nothing to buy for the students, but there's something i bought for myself..



~ tafsir Quran ~

this Quran will be my bff now..
since i manage to get a pink one..last Tuesday I bought one for my dad..now I have my own.. happy2!! ^^v
then, we went to Popular bookstore..searching for books..
Noya found few which suits the students interest..
so, we jot down the name of the books & wanna discuss it the the panel later..

now, movie time!!!Sammy's Adventures: The Secret Passageok, people might say we were childish..
because this is a cartoon movie..like me care, huhu
since all of us stress with our work, this movie was the best for us..
it's about friendship..
really love the soundtrack..
hope can download it later.. (^^)




~noya & i~



~nabil & sa'adiah~






it was damn fun..
i really enjoyed the movie..
*kata la pe korang nak kata, i tetap suke*
hihihihihi



hold for a moment, to be continued~

Thursday, 7 October 2010

.:: i love my friends ::.

salam,

straight to the point..
saya mmg seorang yang tamak..
sebab saya nak semua yang bukan milik saya, jadi milik saya..
saya nak semua yang milik saya, terus jadi milik saya..
dan saya tak nak kehilangan apa yang saya miliki...

bila la sikap ni nak hilang ye..??
mmg buruk perangai ni..
tapi saya sayang kawan2 saya..
saya taknak kehilangan mereka..
mereka adalah keluarga saya..

mungkin saya sorng je yang rasa macam ni..
yang lain2 nampak kool ja..
tak tau la nape kan..
saya je ke yang sayang frienship ni??
yang lagi 9 orang tak sayang ke???
ke saya ni suke sgt jaga tepi kain org..??
maybe la kan..
maka saya harus buat tabiat itu..
supaya saya hanya fikirkan hal saya..

Berubahlah Syuhaiza..
orang tak fikir hal awak, awak pulak fikir pasal orang..
tak de gunanya..
dat day awak dah buat keputusan yang bagus..
walaupun itu sekadar utk memuaskan hati sendiri tapi itu satu kemenangan yang besar..

now, what i should do is act naturally..
like nothing happens..
*kalaulah senang nak wat camtu kan*
so, kena la cuba dulu..

rakan2 yang tersayang..
saya tahu anda semua sayang friendship kita..
sebab kita dah macam family..
happy sgt bila bersama..
pe pun, jgn kita berpisah okay..

i love my friends~

Wednesday, 29 September 2010

so, taknak jadi cikgu la ni??

salam..

sekarang semua org cari bidang blaja yang ada pekerjaan..
ikutkan demand skang, cikgu laris, doctor pun laris, nurse lagi2 la..
yang menjadi masalah ialah kursus yang ditawarkan sangat terhad..
disebabkan itu jua la, i masuk private buat education..
memikirkan nak kerja & masa depan InsyaAllah terjaga..

entry kali bukan sebab i takmo jadi cikgu..
kisah terjadi disebabkan oleh seorang pembantu tadbir yang sangat emo..
kami tnya, explain elok2, jawab la elok2..
mmg tugas kamu menjawab + entertain us pun kan..

AL-KISAH~

NH: salam, saya dtg ni nak amik surat posting saya, semalam saya tidak dapat hadir, pihak tuan call mintak saya dtg sini amik surat..

PT: nape tak dtg semalam?? ok, sign sini..

NH: yg sebenarnya, saya nak tny, macam mana saya ley dapat post ni sedangkan saya tak isi pun borang posting..

PT: nape tak isi??

NH: saya ni tajaan JAIPk, so saya akan dapat post oleh JAIPk..

PT: so, skang ni taknak jadi cikgu la??

NH: bukan.. (jadi kelam2 sket)

kat sini la i mencelah, huhu

NS: macam ni, kami semua ni dari Ta'ayah, Sek under JAIPk.. so, SMAN + UPSI wat mou, selepas DPLI kami akan mengajar di SMAN.. sebab tu kami tak isi posting KPM.. yang menjadi tanda tny, macam mana nama boley ada sedangkan tak isi form..

PT: ok masuk la, jumpa pegawai.. (dgn muka selamber, tgk aku pun tak)


tak sampai 3 min ckp ngn pegawai berkaitan, setel ja masalah..
now, nak kena tulis surat n bagi pada KPM, PPD & sekolah..
then, nothing more to worry..

kepada PT itu, kenapa anda perlu emo berada di kaunter??
itu tugas anda.. jalankan dengan ikhlas..
kalau letih, kami pun letih jugak..
pagi mengajar, then drive pulak ke Ipoh utk setel hal ni..
hope sila faham situasi kami..
even kami muda, bukan bermakna kami tak tau prosedur..
even kami bukan federal, state gov pun tetap gov kan..
takde beza antara kami & anda..
tak guna ofis ISO, 5S bagai tapi pemikiran & attitude tidak diISOkan & di5Skan..

so, jawapan kami pada saudari PT:
"kami mmg nak jadi cikgu, and kami mmg cikgu sekarang, TQ"


Sunday, 26 September 2010

en.gajah vs en.kuman

salam..
now only i rasa nak blog sumting..
even boley katakan tiap2 masa nak blog tapi apakan daya, menumpang wifi sekolah maka tergendala segala update2 saya..

ok, entry kali ni pasal kuman & gajah..
nape ye???
i pun tak pandai sgt nak guna bahasa hebat2, tinggi melambung bagai..
cuma, ada peribahasa yg i tak tau ori ke tak yang i rasa interesting yang bila ia berkaitan dgn kuman & gajah..

"kuman di depan mata kita tak nampak, gajah di seberang jua yang dicari"


so, what u guys think about it??
kuman for sure kita takkan nampak..
since ia adalah microorganisma yang tak mungkin kita nampak @ lihat dgn mata kasar even pakai cermin mata dari focus point pun..
nak tgk, kena la pakai mikroskop..
tapi i tak mampu nak beli mikroskop, so dats y la sampai now i tak kuman tu..
even kami close tapi itu bukan sebab utk i dapat virus kuman itu..
to make it clear la ek, kuman ni anak sedara ustaz i, ustaz yg sgt sporting & baik..
itu sebab : kuman + bapak sedara dia (pak ostat) + i = CLOSE (RAPAT)

citer gajah plak k~
i hanya nampak gajah yg sememangnya jauh..
even jauh tapi i rasa macam dekat ja..
maybe sebab gajah tu hensem kot.. huhu..
en gajah & i ada plan sket2 lately ni dan en kuman juga tahu..
i sgt syg pada en.gajah, hope sampai bila2 la ye..
walaupun en.gajah masih blaja, tak kerja lagi, insyaAllah one day akan ada rezeki utk itu..
i know en.gajah akan berusaha & buat yg terbaik..
kami selalu berdoa tuk kesejahteraan kami & kedua2 keluarga..
kami bukan saja sayang sesama kami malah keluarga jua sgt mahukan kami bersama..
SYUKRAN sgt2 pada mak & ayah (mine) & ma & ayah (his)


so now, saper yang akan menang???
en.gajah @ en.kuman???

ok la, to make it clear..
ada kwn2 + kakak2 yg concern pasal i..
really appreciate it..
cuma i takmo kisah gajah + kuman ni jadi lagi besar pasni..
sebab for me "kuman" yg dimaksudkan hanya kawan dah "gajah" saya adalah cinta saya..
hope semua faham..
i know u gals nak yg terbaik tuk i..
i pun nak yg terbaik tuk i & semua..
i kenal dgn "gajah" i dah 3 tahun..
i tak nak hubungan yang semakin baik ini rosak dgn salah tafsiran persahabatan i dgn "kuman" yang baru 4 bulan..

kawan2,
i thanks sgt2 sebab anda semua concern pasal i..
i tau sumtimes i maybe merunsingkan anda semua..
tapi itu adalah i..
jenis yg sangat bising2, gelak2..
nampak tak serius tapi dalam hal ni i sgt amik port..
sebab ini masa depan..
i hrp sgt kwn2 semua doakan i + en.gajah + en.kuman..
dan semua2 ahli2 CGBKGKT SARJANA~

~ILOVEUALL~

Saturday, 28 August 2010

semangat 1Malaysia~

tadi petang dalam kul 3 lebey I gi Teluk Intan..
niat nak beli barang rumah sket..
Noya pun de pesan KFC tuk berbuka..

so, mula2 gi la Giant..
bukan main ramai la orang..
sebelum ni tak la ramai sgt..
nak kata ada sale, pun tak jua..
biasa2 jer.. maybe sebab cuti Nuzul Quran..
cari parking pun sampai 2 kali pusing la tadi, huhuhu

masa nak membeli tu, tingat kat Hafiz..
dia pun de pesan brng..
dynamo, kepok & twister..
hari ni Giant dah start pasang lagu raya..
besh banget!!!

masa nak gi beli sayur, I pilih2 la masuk dalam plastik..
masa nak gi timbang, I dgr org nyanyi lagu raya..
dia cam karaoke la pulak kan..
toleh2, orng India rupanya..

WAHHHHH!! patik amat kagum..
mmg selama ni I tau, semangat 1Malaysia membara sejak Merdeka..
tak sangka laks, bangsa lain pun akan turun nyanyi lagu raya..
terharu sgt2..

tetiba rasa semangat nak raya, huhu
tadi tak beli sgt bhn wat kek..
sebab mommy kata nnt nak shopping sesama..
next week ja shopping raya..
tadi just beli brg2 tuk kuaters..

hmmm, sampai kini I masih terkesima dgn peristiwa tadi..
hope sampai bila2 la 1Malaysia akan berkekalan..
InsyaAllah ~

Friday, 13 August 2010

wish tuk kamu~

Salam Ramadhan tuk semua..
even hari ni dah terawih yg ke3,
tapi I rasa, masih sempat I wish salam ramadhan..

Moga2 Ramadhan tahun ni akan memberi impak yg bagus,
akan memberi hidayah kepada kita semua..

Selamat menunaikan puasa dengan jayanya ya rakan2..
jangan ponteng puasa k..

take care~

Thursday, 22 July 2010

kalau saya kata, saya nak kawen skang macam mana??
adakah sebab saya tak percaya pada dia???
kenapa saya perlu tamak, mahukan dia hanya utk saya??

kalau ikut kata hati, mmg mati..
mujur otak ini masih mampu berfikir..
kalau ini ketentuan..
kenapa perlu elak..
kenapa perlu halang..

bukan sebab mahu jadi hambaNYa yg hina..
cuma qada' & qadar bukan hak kita utk tentukan..
sebagai hamba..
kita hanya perlu ikut..
kita hanya perlu patuh..
kita hanya perlu faham...

Ya Allah..
aku memohon padaMU..
permudahkanlah hidup ku..
jauhkan aku daripada perasaan hasad dengki..
Engkau muliakanlah diri ini..

Berikan nurMu..
agar dapat membantuku mencari ketenangan itu..
Amin...

p/s: fathun qarib i wish u r here.. ~

Wednesday, 21 July 2010

perkampungan bahasa

yeay~
kami akan ke Kompleks Rakan Muda in Taiping..
even dis time bukan camping
tapi masih suka..
sebabnya, akan tetap ada program2 luar..

21th
kelas Bahasa Arab

22nd
English Language class

23rd
kelas Bahasa Melayu

hope, semua form5 akan dapat menimba ilmu yg bagus daripada program yg kami anjurkan..
doakan kami semua ye..
tata~~

Tuesday, 20 July 2010

hati semakin sihat

ok la i admit, lepas meet up dgn Abg Cyg i de rasa tak besh..
nak kata kami gaduh2, maybe la..
tapi masa nak gaduh2, luahkan rasa, masih ada rasa syg..
so, tak jadi la nak perang..
bukan niat nak wat propa pun kat mamak tu dat day..
cuma, kadang2 terfikir, itu yg perlu i buat..

even hari ni, i masih ada rasa tak besh..
tapi Alhamdulillah..
hari ni i puasa, so byk sabar daripada hari biasa..
Abg Cyg pun lebih cool than before..
dia macam lebih memahami..
bukan lebih memahami i saja..
tapi the relationship as well...

i rasa sangat syukur..
sebab kami masih together..
bukan nak bangga, sebab kami bukan husband&wife pun..
cuma, kami jauh..
jumpa 2/3 times setahun..
macam sorang duk US, sorang duk UK..
masing2 ada tanggangjawab..

i sangat berharap,
Abg Cyg akan habis practicum dgn jaya..
n i really hope,
apa yg kami plan, InsyaAllah akan menjadi reality one day..

harap, hari2 mendatang akan lebih baik..

Thursday, 15 July 2010

saya cinta kamu~~

I LOVE U..

hanya itu yg mahu aku katakan..
mungkin ada yg berkata,
perempuan mudah jatuh cinta..
dan aku tidak nafikan, YA mmg perempuan mudah jatuh cinta..

I LOVE U..

bila kita cintakan seseorang,
hampir semua kita mahu takluk..
sebab kita nak lakukan semua utk yg tersayang..
bukan kita meminta balasan..

I LOVE U..

semua yg dilakukan hanya yg maha ESA yg tahu,
keikhlasan itu hanya DIA yg tahu,
kemahuan ku hanya DIA yg tahu,
kejujuran ini hanya DIA yg tahu...

I LOVE U..


p/s : ini hanya utk fathun qarib mohd bukri

Saturday, 15 May 2010

i'm addicted.. HELP ME!!

bukan nak kasi gempaq ke apa, tapi mmg i skang addicted to sumting..
mula2, i usha2 je..
pastu minat mula bertambah..
pantang tengok, mesti nak..bila nak tu, mesti la nak try kan..
bila sekali try, takde la feel pe2..
cume rasa, okay la.. i nak amik masa, takmo wat lagi..
tapi mana ley tahan kan..

i kembali usha2..
benda senang nak dapat skang..
taip je, byk ley keluar..
sebab tu sanggup on9 kat skolah sampai petang..
tah macam mana nak hilangkan addiction ni..nak kawal hati supaya tak tengok?? susah la kot..
tiap2 hari duk tunggu..
ni pun baru lepas..
tak sanggup sangat dah..
i pun apa lagi, trus rembat la..


pe pendapat korang???
cantek tak??ni la addiction i lately..
suka sgt beli brg on9..

kena laks i ni jenis busy memanjang..
bukan senang nak gi shopping2 ni..
skang i shoppping on9 ja..
nasib la ada teknologi..
kalau tak, tunggu nak raya la baru gi shopping, huhu..

tuk beg ni, i beli from Butik BellaEsabell..
if u girls intersted, tgk nama butik ni kat Facebook..
i beli tadi, so dia kata ptg ni dia akan pos..
so, monday ley la dapat InsyaAllah..

sebelum2 ni i duk beli shawls n anak tudung from http://iqracollection.blogspot.com/
i suka sangat..kain dia best2..

i penah jugak beli tudung ngn my fren kat FB dia..
tgk cantik, trus beli..

selain tu, i penah beli felt..
http://www.ejdeejasmi.blogspot.com/
ni my fren masa kat sekolah teknik dulu..

i request felt tuk phone..
sempena birthday bf i..




FATHUN & SYUHAIZA


ni la dia ye, addiction i..
saper ley tolong ubatkan??
huhu, bukan apa..
i bila nampak yg berkenan, nak je membeli..
duitnya nasib ada, if tak, jenuh la menahan nafsu..

okla, i nak tunggu beg i..
*padahal bukan sampai lagi*

tata, salam~~

Sunday, 4 April 2010

mana posmen ni??

now, i sgt teruja dgn pos laju or pe2 yg pos2 brg ke rumah..



dunno la why kan..



since dapat postage from Emi about my keychains tu, i macam ketagih ja..



tiap hari tunggu posmen..



padahal, brg posnya ke Ipoh, bukan ke kuaters..



tiap hari tny rumah Ipoh, kot brg i de sampai..



second item yg i bought was a tudung from Nina..



siap dapat kotak cantik lagi..



Nina kata nak jaga tudung from rusak, n i admit mmg terjaga rapi di dalamnya, huhu



pastu last Friday, i dapat surat from pos laju..



sebabnya xde org nak sign brg, so i pun semangat nak gi amik..



tup2, van pos laju tu tak habes pusing ipoh lagi, cet.. penat tau drift dari kg.gajah ke ipoh, huhu



ni plak kan, i baru ja beli shawl from this page http://iqracollection.blogspot.com/



esok Atiqah will post it for me.. thanks dear ^^v



adoi, tak sabarnya i..



::abgposmensilahtrkerumahsayacepat::

Saturday, 3 April 2010

and the award goes to...



thanks kepada ADIK MIMI..

adoi, camne la ley dapat award laks kan..


i ni makin busy..

bukan nak menunjuk2 la..

cuma mmg byk keje lately ni..

bila dah keje, baru la tau macam mana..


pe pun, i akan cuba update2 kan sokmo blog i..

i love to blog damn much..

but please do gimme time for it yeah..


rules: 1. tag the person yg tag u *tanda time kasih*, 2. give the award pada blog lain & 3. things about u..




so now, i have to tag others' blogs that i love to read..




1. ADIK MIMI


2. NOYA


3. PAMIE


4. EMI ERDAYU
5. SONI GONZALES
6. SYUHAIDAH
7. AZDAN HARIZ

then 7 things about myself??
1. books
2. travel
3. desserts
4. love
5. friendship
6. trust
7. familia

Thanks to Mimi once again, n to others yg kene tag tu sila trime la ye, huhu



kebulor ke aku nih??

dalam tempoh 8 jam ni..

aku makan je kejenya..

de la wat keje2 pengkeranian yang lain..

cuma asyik lapor ja, hish..

bekfes tadi telah spicy chicken mcdeluxe & semug nescafe..

pastu dalam kul 11 lebih aku balun plak kuey teow goreng yang mak Noya bekalkan tadi..

tadi sempat laks gi Halida, beli chipsmore & vico..

ni plak baru habes jagung bakar yg amat sedap..

adoi, asyik tingat nak makan aje..

pe nak jadi nih??

malam ni perlu ke aku makan??

::macamteringinroticicahsambaliakanbilis::

part time saya~~

PENGUMUMAN!!!!!!!

hari ni saya WARDEN ON DUTY ye..

amat la penat..

semalam punya demam bowling pun tak habes lagi..

ni kan pulak, subuh2 drive balik ke skola..

semata2 nak duty..

tolong simpati dgn saya..

saya amat letih..

Thursday, 11 March 2010

projek terbengkalai ~~

byk benda nak cerita..

tapi kita tak tau nak mula macam mana..

semua citer ni de yang besh..

de yang hepi..

yang sedey2, feeling2 pun ada..

tapi nak citer yang mana dulu???

bila dah byk sangat citer, kita jadi pening..

bukan apa, tak tau nak sembang camne..

bila bukak citer A, masuk B sket, tuptup melompat ke M..

adoi, camne ye???

perlu ke nak story2 kat sini??

Mak kita pernah cakap..

"nape nak blog2?? gitau sumer2 pasal kita, pasal org lain??"

Kita pun jawab la,

"kita suka2 je mak, if de org nak baca, they will, n if they dun like it, the won't"

Mak membalas servis,

"dah mcam tu, buang karan je la taip2, sumbang idea yg org xmo baca, sakit mata tgk lappy sampai 2,3 pagi.. mmg tak tau pe la yg de dalam pale otak korng nih"

Kita tak tau nak cakap pe dah..

Mak jeles la tuh, sebab zaman mak xde tenet kan, huhuhu..

jgn tak tau, ayah kita pun dah de FB..

dengan niat nak kumpul kwn2 lama, nak panggil kenduri kita nnt, hhihi *hepi bgt*

So, camne ni??? nak citer ke tak??

hmmmmmm, hmmmmm, hmmmmm.. *keep on thinking*

Tuesday, 2 March 2010

Raptai 1

Raptai sukan 1 ni boleh dikatakan penat la gak..
bukan pe, acara tarik tali perempuan buat masa tengah2 hari rembang..
berpinar gak la mata..
sakit pala jgn cakap la..
Since i duk amal diet yg tah apa2 nih, sakit pala sokmo..

but then, everything seems okay..
the students enjoying themselves on the field..
tapi masa finak under 18, de laks team yg swing masa tarik tali..
*ni tarik tali okay bukan swing tali*

so, kita tunggu Thursday la eh..
hope dis thurs semua berjalan lancar..

*menanti hari sukan penuh debar*

Tuesday, 23 February 2010

Sukan tara 2

Sukan tara hari ni besh gak..
hari ni students perempuan melakukan acara 100m..
bila tgk padang yg terbentang luas tu, rasa macam nak lari ja..
tapi segan la gak kan, nnt cikgu2 laki kata pe laks..
*sek agama kan*, huhuhu..
tu pun aku still bukak kasut, duk tgh2 padang.. ^^

bagi students laki laks, diorg melakukan acara lompat jauh & lontar peluru..
siap bwk khemah lagi..
sedangkan semalam punya turn xde pun khemah *sungguh x adil*
tapi pe nak watkan, terima je la, huhu..

lepas habes ja sukan tara, semua rumah sukan buat mesyuarat..
nak bincang pasal duit makan, hiasan rumah sukan, tema perbarisan..
macam2 la yg dibincangkan..
semua semangat nak hias rumah sukan..
aku pun semangat gak, hikhik..

so, tema tuk hiasan rumah tahun ni ialah "Perpaduan 1 Malaysia"
jom, kita cari idea.. huhu